Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Tuesday, October 14, 2014

Review: Buku Tetamu Perkahwinan @ Wedding Guestbook


بسم الرحمن الرحيم

Seperti yang telah aku janjikan (bila masa aku janji??) kali ni aku nak kongsikan bahan-bahan yang aku gunakan untuk DIY buku tetamu @ guestbook kt entry setahun lebih yang lalu. Bahan-bahan ea..macam nak main masak-masak plak kan.. Sebelum tu, aku nak tunjuk bukan menunjuk guestbook aku yg comel lotey tu..dah lapuk baru nk tunjuk :')

 Ini la hasil yang simple jimat kedekut sesangat..
main tampal tampal gam gam...eee malu! 

 Tengok tu siap sampul guna sampul buku sebab takut kena air.. T_T

 Tapi still comel..hahaha.. sweet sangat tetamu siap lukis lukis..
kad ucapan pon boleh tampal sekali

 Sweet and simple kan?? Perasan lagi..

 Penuh kedua-dua guestbook :)

Jadi engkorang yang berniat nak buat sendiri buku tetamu, teruskan la niat murni anda tu..yang simple simple sudah memadai.. Kalau nak bahan-bahan yang aku guna boleh download kat link bawah ok.

GAMBAR POKOK
CUTE ORANG LIDI
FRAME
RUANG CATAT UCAPAN

Edit cincai cincai je pon boleh jadi cantik juga. Goodluck!



** Baby  tidoq jadi boleh update belog dengan tenang :')
** Please jangan ada yang minta emailkan lagi



Saturday, September 6, 2014

I'm a mama :)

بسم الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Apa khabar blogger2 sekalian??

Alhamdulillah, akhirnya datang juga sedikit rasa rajin dalam diri aku untuk update blog ni. Cukup setahun baru nak update ye. Layankan jelah.


13 Mei 2014 yang lalu aku selamat melahirkan bayi perempuan comel seberat 2.68kg. Alhamdulillah proses bersalin aku kira mudah dan sekejap jugakla. Pagi kena induce (sebab overdue 40w 6d), tengahari 12.34 pm dah selamat melahirkan, tapi secara vakum sebab fetal distress. Apa2 pun baby selamat dan sihat..kena kuning pun tak lama. Aku pulak yang macam2 dugaan datang time berpantang..boleh nangis bile menghayati semula saat2 tu.haish.

Perkenalkan.. Anis Sumayyah. Masa ni baru beberapa jam selepas kelahirannya.


Ni gambar terbaru.. Alhamdulillah, debab molek anak mama ni..


Jadi kat sini aku nak minta maaf kat sesiapa yang ada komen atau email minta something kat aku tapi aku xbalas. Memang xdan nak balas dan ada email sejak bulan mei dulu aku baru baca beberapa hari yang lepas. Kesian korang..ntah ntah dah selamat kawin..kan. Tapi aku harap korang paham la ye reason aku ni. Bukan aku xmau berkongsi atau kedekut..cuma banyak kekangan yang buat aku terjauh dari email dan blog nih. Dan aku tak sangka plak blog ni masih hidup walaupun ownernye senyap. Lepasni aku akan cuba balas komen/email yang akan datang ok. Tapi kalau mintak benda yang memang dah trangtangtang ada dalam blog ni memang ada datang rasa nak siku jugak. Tapi takpalah, boleh aku layankan lagi.

Insyaallah next post aku cuba share apa2 materials yang aku ada. Until then.

Monday, September 2, 2013

Amiklaaa....lepah ni sy jual~ :P




Bismillah.

Hai semuaa..pekabo??haaa sape nak jawap tah. Banyak dah view kt blog ni tapi follower 4 org je. Itu pun aku follow blog aku sendiri.hakhak.

Ramai yg mintak share template kad kahwin aku sebelum ni. Dah lebih 10 orang jugak la.. Tak sangka plak ramai yg berminat.. La ni aku malas dah nak email2 kat korang lagi..sori ya kpd yg aku tak email lagi tu. Nak tunggu aku emailkan, dah kawen dulu  korang agaknye..kuikui.

Nih aku share link untuk korang download terus. Free je aku bagi..korang klik la iklan kasi income skit kt aku..hihi <-----malu tapi mauu~


template kad gabung part luar 
template kad gabung part dalam 
contoh cover kad kahwin
sampul kad kahwin


Pandai-pandai la edit guna microsoft word je.. korang cuma kena sediakan pelan ke rumah je. Lepastu adjust kedudukan semua gambar yg terlibat. Cover kad kahwin tu boleh edit guna photoscape..senang sikit bagi yg xbiasa guna adobe photoshop.

Kalau ada sesiapa nak aku tolong editkan terus pon boleh. Tapi nak charge sikit la..bleh kann..hee. Nak mintak buatkan pelan rumah pon boleh.

Email kt idaya87 [at] gmail [dot] com atau komen je kt bawah ok.

Sehingga ketemu lg di post baru beberapa bulan akan datang.weee~ Selamat berDIY~

Wassalam.



Wednesday, June 5, 2013

Hai hai hai


Bismillah.

Alhamdulillah..hari ni dah cukup 1 bulan 23 hari bergelar isteri. Bila dah selesai semua, terasa malas nak update blog ni. Terbiar agak lama. Apa-apa pun lepas ni akan berusaha untuk update la anything related. Segala DIY yang aku buat sebelum ni, aku akan share la kalau berkesempatan. Busy sangat kononnya :D
Hihi, until next time.

Si hariz comel duk kat pelamin. Comel ngat!

Wednesday, March 27, 2013

Cerita temuduga permohonan nikah


Baru teringat nak kongsi pengalaman kena inteview. Bukan interview keje, tapi interview masa nak hantar borang permohonan kebenaran nikah dulu. Huihui..kalau kat negeri lain rilek je boleh hantar borang, lepas tu lulus dah. Kalau kat johor, pulau pinang dan beberapa negeri lain (tak pasti) kena lalui interview dulu sebagai salah satu syarat lulus. Ada hikmahnya kena temuduga ni. Sekurang-kurangnya kita boleh refresh pengetahuan pasal agama terutama asas fardhu ain dan munakahat yang kita dah belajar dulu tapi mungkin dah lupa. Almaklumlah, kita baca muka buku je selalu..buku agama takmau baca. Eh, aku la tu. Isk!  Jadi sesiapa yang belum dan akan melalui temuduga ni better buat persediaan awal la ye. Ulangkaji semula dan ingat sampai ke liang lahad. Peringatan untuk aku juga. Huhu.

Berbalik kepada cerita temuduga. Lepas bagi borang, disuruh masuk bilik temuduga untuk ditemuduga lah. Yang menemuduga aku adalah seorang akak yang agak muda juga (entah-entah lagi muda dari aku..tapi belasah la panggil akak jer). Dia senyum je sambil pegang borang temuduga kaler merah yang ada senarai soalan. Lepas tu sesi soal siasat pengetahuan berlangsung. Ala-ala kena PAFA masa sekolah menengah dulu. 

Antara soalan yang aku kena:
1. Mengucap dua kalimah syahadah berserta maksud (ulang 2 kali)
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca doa qunut
4. Bersuci - lafaz niat mandi wajib, jenis-jenis najis dan cara menyucikan, jenis-jenis air mutlak
5. Rukun wuduk
6. Pengetahuan tentang perkahwinan - rukun nikah, tanggungjawab suami isteri
7. Perkara yang boleh menyebabkan penceraian - zihar, ila', lian

Fuh, ada yang tergagap jugak lah. Tapi nasib baik akak tu tak strict sangat, dia tolong mana-mana yang aku terkeliru contohnya macam ila' ngan lian tu. Dia ada pesan juga, kita (perempuan) kena tahu perkara-perkara asas ni semua dan hukum-hakamnya sebagai pedoman semasa melalui alam perkahwinan. Jangan harapkan pengetahuan suami je. Kalau suami ke laut, kita pun ke laut juga. Eh, yang tu aku tokok tambah.hehe. . Baik, terima kasih akak. Lepas tu selesai lah.. Alhamdulillah..

Kalau nak cari maklumat yang lebih boleh pegi ke blog ni ---> Adindawin  atau kalau nak download nota yang aku guna untuk studi boleh ambik ni --> PAFA (nota format pdf, dicopy dan diedit sikit dari Andindawin. Tq!)

Semoga berjaya untuk semua bakal pengantin yang bakal melalui temuduga~ 

Sekian.






Wednesday, March 13, 2013

DIY: Wedding Guestbook


Saja ngada-ngada buat buku tetamu, padahal tak perlu pon..keke. Lagipun bahan dah ada, cuma perlukan kerajinan je. Jadi aku pun saje2 la mencuba.

Aku ada sketchbook yang dah lama beli tapi macam tak terpakai, jadi aku korbanla buku tu potong dua guna paper cutter. Boleh bayangkan tak? LoL. Jadi saiz guestbook aku ni kecik je..tapi ada dua lah.hehe.

Cover dalam.

Ruang catatan.

Cover depan.

Semuanya edit pakai adobe photoshop, recycle gambar-gambar yang berkaitan, gabung dalam microsoft word dan print kan saja. Hasilnya akan diupdate kemudiannn...huhuhu.


UPDATE 14/10/14:
Terjah post ini  Review: Buku Tetamu Perkahwinan @ Wedding Guestbook
Ada share gambar-gambar yang berkaitan tu. Go n grab now! (and don't forget to say thanks in the comment section..weee)

Panduan akad nikah modul keluarga sakinah


Buku panduan ni dapat masa selesai proses borang permohonan nikah. RM 8.00 ya. Bukan free.

Ini adalah antara aktiviti yang disarankan dalam modul. Tapi tak semua orang follow bulat-bulat modul ni. Bergantung pada jurunikah katanya.

Sebelum ni aku mencari-cari juga cara yang betul untuk sujud syukur selepas akad. Kat dalam buku ni ada bagitau cara-caranya.

*excited*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...