Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Tuesday, December 25, 2012

Bunga telur/ Bunga pahar

Hari ni aku pergi window shopping/ survey harga barang kahwin di Nilai 3 dengan housemate. Dia pun nak kahwin juga tahun depan. 3 orang warga rumah sewa aku ni bakal berkahwin tahun depan. InsyaAllah. Bagusla, senang berbincang dan berkongsi-kongsi idea pasal hal perihal persiapan kahwin ni. Barang pertama yang kami survey adalah jar kecik molek tu. Banyak kedai jual RM 0.70- 1.00. Ada yang kena beli more than 500 baru dapat RM 0.60. Setelah lebih 5 buah kedai kitorang pergi, kesimpulannya, kedai ZC yang paling murah. Harga tetap RM 0.60 satu tak kira berapa banyak beli. Okay lah. Sangat berpuas hati. Selain tu, dapat jugak mark kedai yang bagi harga murah untuk gift macam kipas, dan alas dulang hantaran. Ahh..semua sangat menarik. Teruja aku dibuatnya. Tapi stuff yang paling buat aku teruja adalah ini...

Bunga telur/ bunga pahar....Sangat cantik dan simple..huuu...nafsu nak menDIY sendiri bunga telur macam ni jadi membuak buak. Nak beli kompem mahal jadi buat sendiri lagi berbaloi kot. Ok, masuk dalam list Projek DIY. 

Saturday, December 22, 2012

DIY Paper Flower


Hi, hello~
Kemarin masa sibuk cari freebies untuk projek DIY, terjumpa lah satu site ni yang ohsem saangattt...(kahkahkah, orang lain mungkin dah berzaman tau, aku baru nak jakun-jakun.puii) Boleh tengok kat sini -> Ellinee Journal. Sangat ohsem dan murah hati beliau. A lot of freebies available to grab yaw!! Cara-cara nak buat pun ada sekali, memang simple dan mudah difahami. Owhh...sangat memberi inspirasi kepada aku yang tercari-cari idea macamana nak hias bilik pengantin nanti.heee.

Anyway, nak kongsi rose paper flower yang aku dah buat ikut ni -> How to Make a Paper Rose

Template rose tu aku print atas kertas A4 putih jer..sebab takde kertas lain. Kebetulan ink kaler memang banyak tak sabar nak habiskan, jadi excited bila guna print kaler. Satu kertas A4 tu aku print untuk dua template macam kat bawah ni. Oh, abaikanlah kecomotan hasil printer aku itu.
*ni kertas A4 yang dah dikerat dua*

Lepastu apa lagi, kena la buat kerja yang sedikit leceh..gunting semua part. Setiap part tu ada nombor dia. Lepastu, gam kan part yang berkaitan untuk jadikan kelopak yang lengkap. (Takda gambar nak tunjuk -_-") Aku pakai gam kertas biasa je sbb ni baru nak cuba try test kan. Lainkali memamg kena guna gam panas tu cepat sikit dia melekat. Nak lagi detail cara kena rujuk kat website tadi..hihi.

Haa..bila semua dah dapat semua kelopak, cantumkan je semuanya. Lepastu taraaa~~~~
Cantik kann?
Personally aku rasa sangat cantik. Dah la senang nak buat, dan kos yang digunakan memang murah sangat-sangat berbanding bunga jual kat kedai. Dah berangan nak buat banyak-banyak tapi belum decide nak letak kat mana.. Oh, buat handbouquet pun cantik jugak kan..

Wednesday, December 5, 2012

DIY peta pelan rumah

Disebabkan aku tak tahu nak mula buat apa, dan si dia plak suggest buat kad kahwin sendiri, jadi aku mulakan projek DIY pertama iaitu peta lokasi ke rumah. Rasanya orang lain ada cara yang lagi mudah nak buat peta tapi aku lagi senang explore dan fikir sendiri macamana nak buat. Walaupun guna cara susah -__-"

Mula-mula aku buat blueprint yang lengkap kat kertas dulu sebagai rujukan. Then buat lakaran jalan..guna microsoft word je sebab tak berapa mahir guna adobe photoshop..


Atau boleh juga google map je alamat rumah kita tu. Alamat rumah aku memang tak boleh jumpa la bila google. Just boleh dapat peta..tu pun membantu jugak. Print screen, masuk kat paint -> save, edit.



Sekarang ni lagi senang kalau kita terus bagi koordinat rumah kan. Boleh guna GPS je..memang susah nak sesat la. Salah satu cara cari koordinat guna google map ni. Right -click mana-mana point yang kita nak, lepastu pilih 'what's here?'. Koordinat akan keluar kat atas tu..



Bila dah dapat lakaran jalan dan peta, aku guna adobe photoshop pula. Terkedek-kedek guna..xpelah kayuh pelan-pelan. Icon-icon kecik semua tu cari kat google je.

 

Setelah seharian terkebil kebil depan laptop, ni la hasilnya...


 Pelan ke rumah aku..

Pelan rumah lelaki

Simple je..tapi sebab hasil tangan sendiri rasa lagi puas hati.. Kalau ada yang silap atau nak upgrade, masih boleh edit lagi.. :)


Thursday, November 22, 2012

Pertama


Bismillahirrahmanirrahim..

Bila tengok orang lain buat blog khas untuk cerita perjalanan, persediaan dan persiapan yang mereka lakukan untuk menjadi raja sehari, aku pun terasa nak berkongsi sama cerita. Akhirnya, terbina juga my own blog yang dikhaskan untuk B2B journey.  Harap-harap lepas ni akan rajin update dan belog ini tak akan bersarang. 

Hampir tujuh tahun berkawan jarak jauh dengan Mr. R,  akhirnya 16 Jun 2012 yang lalu dah ikat tali pertunangan. Terlalu banyak kenangan manis, masam, pahit yang kami dah lalui. Semoga jodoh berpanjangan. Dia adalah pertama dan yang terakhir, InsyaAllah.

Tinggal 4 bulan sahaja untuk wedding preparation tapi terlalu banyak lagi agenda yang belum dipenuhi. Macamana nak buat.. Beliau di selatan, aku di tengah-tengah. Harap lepas ni dapat tingkatkan kelajuan semaksima mungkin untuk uruskan semua hal. 
NANTIKAN.


C ya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...