Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Saturday, December 22, 2012

DIY Paper Flower


Hi, hello~
Kemarin masa sibuk cari freebies untuk projek DIY, terjumpa lah satu site ni yang ohsem saangattt...(kahkahkah, orang lain mungkin dah berzaman tau, aku baru nak jakun-jakun.puii) Boleh tengok kat sini -> Ellinee Journal. Sangat ohsem dan murah hati beliau. A lot of freebies available to grab yaw!! Cara-cara nak buat pun ada sekali, memang simple dan mudah difahami. Owhh...sangat memberi inspirasi kepada aku yang tercari-cari idea macamana nak hias bilik pengantin nanti.heee.

Anyway, nak kongsi rose paper flower yang aku dah buat ikut ni -> How to Make a Paper Rose

Template rose tu aku print atas kertas A4 putih jer..sebab takde kertas lain. Kebetulan ink kaler memang banyak tak sabar nak habiskan, jadi excited bila guna print kaler. Satu kertas A4 tu aku print untuk dua template macam kat bawah ni. Oh, abaikanlah kecomotan hasil printer aku itu.
*ni kertas A4 yang dah dikerat dua*

Lepastu apa lagi, kena la buat kerja yang sedikit leceh..gunting semua part. Setiap part tu ada nombor dia. Lepastu, gam kan part yang berkaitan untuk jadikan kelopak yang lengkap. (Takda gambar nak tunjuk -_-") Aku pakai gam kertas biasa je sbb ni baru nak cuba try test kan. Lainkali memamg kena guna gam panas tu cepat sikit dia melekat. Nak lagi detail cara kena rujuk kat website tadi..hihi.

Haa..bila semua dah dapat semua kelopak, cantumkan je semuanya. Lepastu taraaa~~~~
Cantik kann?
Personally aku rasa sangat cantik. Dah la senang nak buat, dan kos yang digunakan memang murah sangat-sangat berbanding bunga jual kat kedai. Dah berangan nak buat banyak-banyak tapi belum decide nak letak kat mana.. Oh, buat handbouquet pun cantik jugak kan..

No comments:

Post a Comment

Sayang kamu lebih sikit lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...