Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Wednesday, March 27, 2013

Cerita temuduga permohonan nikah


Baru teringat nak kongsi pengalaman kena inteview. Bukan interview keje, tapi interview masa nak hantar borang permohonan kebenaran nikah dulu. Huihui..kalau kat negeri lain rilek je boleh hantar borang, lepas tu lulus dah. Kalau kat johor, pulau pinang dan beberapa negeri lain (tak pasti) kena lalui interview dulu sebagai salah satu syarat lulus. Ada hikmahnya kena temuduga ni. Sekurang-kurangnya kita boleh refresh pengetahuan pasal agama terutama asas fardhu ain dan munakahat yang kita dah belajar dulu tapi mungkin dah lupa. Almaklumlah, kita baca muka buku je selalu..buku agama takmau baca. Eh, aku la tu. Isk!  Jadi sesiapa yang belum dan akan melalui temuduga ni better buat persediaan awal la ye. Ulangkaji semula dan ingat sampai ke liang lahad. Peringatan untuk aku juga. Huhu.

Berbalik kepada cerita temuduga. Lepas bagi borang, disuruh masuk bilik temuduga untuk ditemuduga lah. Yang menemuduga aku adalah seorang akak yang agak muda juga (entah-entah lagi muda dari aku..tapi belasah la panggil akak jer). Dia senyum je sambil pegang borang temuduga kaler merah yang ada senarai soalan. Lepas tu sesi soal siasat pengetahuan berlangsung. Ala-ala kena PAFA masa sekolah menengah dulu. 

Antara soalan yang aku kena:
1. Mengucap dua kalimah syahadah berserta maksud (ulang 2 kali)
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca doa qunut
4. Bersuci - lafaz niat mandi wajib, jenis-jenis najis dan cara menyucikan, jenis-jenis air mutlak
5. Rukun wuduk
6. Pengetahuan tentang perkahwinan - rukun nikah, tanggungjawab suami isteri
7. Perkara yang boleh menyebabkan penceraian - zihar, ila', lian

Fuh, ada yang tergagap jugak lah. Tapi nasib baik akak tu tak strict sangat, dia tolong mana-mana yang aku terkeliru contohnya macam ila' ngan lian tu. Dia ada pesan juga, kita (perempuan) kena tahu perkara-perkara asas ni semua dan hukum-hakamnya sebagai pedoman semasa melalui alam perkahwinan. Jangan harapkan pengetahuan suami je. Kalau suami ke laut, kita pun ke laut juga. Eh, yang tu aku tokok tambah.hehe. . Baik, terima kasih akak. Lepas tu selesai lah.. Alhamdulillah..

Kalau nak cari maklumat yang lebih boleh pegi ke blog ni ---> Adindawin  atau kalau nak download nota yang aku guna untuk studi boleh ambik ni --> PAFA (nota format pdf, dicopy dan diedit sikit dari Andindawin. Tq!)

Semoga berjaya untuk semua bakal pengantin yang bakal melalui temuduga~ 

Sekian.






Wednesday, March 13, 2013

DIY: Wedding Guestbook


Saja ngada-ngada buat buku tetamu, padahal tak perlu pon..keke. Lagipun bahan dah ada, cuma perlukan kerajinan je. Jadi aku pun saje2 la mencuba.

Aku ada sketchbook yang dah lama beli tapi macam tak terpakai, jadi aku korbanla buku tu potong dua guna paper cutter. Boleh bayangkan tak? LoL. Jadi saiz guestbook aku ni kecik je..tapi ada dua lah.hehe.

Cover dalam.

Ruang catatan.

Cover depan.

Semuanya edit pakai adobe photoshop, recycle gambar-gambar yang berkaitan, gabung dalam microsoft word dan print kan saja. Hasilnya akan diupdate kemudiannn...huhuhu.


UPDATE 14/10/14:
Terjah post ini  Review: Buku Tetamu Perkahwinan @ Wedding Guestbook
Ada share gambar-gambar yang berkaitan tu. Go n grab now! (and don't forget to say thanks in the comment section..weee)

Panduan akad nikah modul keluarga sakinah


Buku panduan ni dapat masa selesai proses borang permohonan nikah. RM 8.00 ya. Bukan free.

Ini adalah antara aktiviti yang disarankan dalam modul. Tapi tak semua orang follow bulat-bulat modul ni. Bergantung pada jurunikah katanya.

Sebelum ni aku mencari-cari juga cara yang betul untuk sujud syukur selepas akad. Kat dalam buku ni ada bagitau cara-caranya.

*excited*


Hantar borang permohonan kebenaran nikah (Johor)


Borang permohonan kebenaran nikah biasanya perlu dihantar ke pejabat kadi daerah dalam masa, paling awal tiga bulan sebelum atau paling lewat dua minggu sebelum tarikh yang dipilih untuk bernikah. Jadi sebenarnya takda lah kalut sangat nak uruskan perkara ni. Rajin malas je.

Kalau macam kes aku ni, cik abe org ganu, jadi dia kena uruskan borang permohonan dia di pejabat daerah sana dan kemudian Surat/Sijil Kebenaran Berkahwin diluar Bidangkuasa akan dikeluarkan. Jadi cik abe kena pass kan semua dokumen borang permohonan nikah beliau dan sijil kebenaran nikah tadi pada aku, baru la aku boleh hantar bersama-sama borang aku plak ke pejabat kadi. Hantar sendiri je, dia tak perlu ada sama. 

Antara dokumen yang diperlukan untuk hantar borang kebenaran nikah:

1. Slip permohonan (cetak online)
 

2. Senarai semak wali (cetak online)


3. Senarai semak dokumen pelanggan (cetak online)


4. Pengesahan saksi permohonan (cetak online)
Saksi untuk permohonan ni mestila bukan dari kalangan ahli keluarga ya.


 5. Kad pengenalan
- Pemohon (asal & salinan)
- Pasangan (salinan)
- Wali (salinan)
- 2 orang saksi (salinan)

6. Surat akuan bujang
- Boleh dapatkan daripada majikan atau ketua/penghulu kampung.
Abah aku mintakan dari majikan felda sebab anak dia ni takde majikan lagi...huhu

  

7. Sijil kursus pra-perkahwinan (asal & salinan)
-Mesti sijil yang belum pernah digunakan untuk memohon kebenaran nikah. Sijil ni xboleh laminate sebab akan dicop semasa permohonan nanti.

8. Surat kebenaran berkahwin diluar bidang kuasa
-Jika pasangan adalah dari luar daerah atau negeri sahaja.

9. Borang ujian HIV
- Mesti dapatkan dari pejabat agama johor @ cetak online dari encr.

credit to: pinkpurpleturquoise.blogspot.com

10. Sijil nikah ibubapa
- Sijil nikah ni diperlukan sekiranya pemohon ialah anak perempuan sulung. 
Aku sertakan juga sijil ni walaupun aku bukan anak perempuan sulung. Just in case...


Bila dah lengkap semua dokumen, baru la boleh hantar ke pejabat kadi daerah. Awal-awal pagi lagi aku dah bertolak ke Mersing dengan abah aku. Bila dah sampai terus pergi ke kaunter dan pass kan semua dokumen pada akak di kaunter tu. Kemudian aku disuruh pergi interview dulu (kang aku citer dalam post lain). Bila dah selesai interview, kena tunggu la akak-akak tu uruskan kebenaran dalam encr online dan juga dokumen-dokumen lain. Jumlah bayaran untuk proses permohonan adalah RM30.00 dan akan dapat sebuah buku Panduan Akad Nikah Modul Keluarga Sakinah yang berharga RM 8.00. 

Bila dah selesai proses permohonan, pejabat agama daerah akan keluarkan borang sijil nikah dan maklumat kadi yang akan jadi jurunikah. Borang sijil nikah tu kena serahkan pada kadi dan kita kena maklumkan pada beliau tentang tarikh dan masa untuk majlis akad nanti. Selesai hal permohonan.



Next --> Cerita temuduga


EDIT 12 OKTOBER 2014:
SEGALA PROSES URUSAN PERMOHONAN NIKAH INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SHJ. SAYA BUKAN BEKERJA DI PEJABAT AGAMA, JADI KALAU ADA KEMUSYKILAN TENTANG URUSAN, BETTER YOU ALL BERTANYA TERUS KE PEJABAT KADI JOHOR..OK? :)))


Countdown: 1 month to go


Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini, 13 haribulan 3, tahun 2013.
Genap sebulan lagi sehingga hari diijabkabulkan. 
Semoga perancangan kami ni dipermudahkan oleh-Nya dan selamat semuanya.
Amin.


 

*perasaan: nervous+excited+blur+ribut*


Tuesday, March 12, 2013

DIY: Sampul duit


Sebelum nak tido jap lagi, last post untuk malam ni....tadaa... SAMPUL DUIT~~~


Ha, seperti yang kebanyakan orang sedia maklum tentang adat bersanding di Johor yang satu ni, pengantin lelaki akan lalu benteng pertahanan untuk jumpa pengantin perempuan. Kena bayar tol baru boleh lepas. Ish ish, sapa punya angkara buat adat tak berpekdah ni???huhu.

Jadi, aku pon saja-saja la buatkan sampul duit tol untuk cik abe hulur-hulurkan nanti. Softcopy template sampul duit ni, aku grab dari Blog Jalinan Cinta. Lepastu kena la edit sikit-sikit. Corak bunga tu ak recycle dari corak yang ada pada sampul kad kawin. Kertas print pon pakai kertas terpakai jerr.huhu. Print, potong-potong, lipat dan gamkan. Dah siap. Tinggal masukkan duit jaaa...


Ok, cukup. C yaa..

EDIT: 17 April 2014
Mak buyong ni ngah sarat mengandung..xberapa sempat nk membalas email dr kamu2 yang nakkan cth sampul ni.. Kalau sape2 berminat, bleh download kt link ni yeaaa... Contoh sampul duit 
Sharing is sexy~
Berterima kasih lagi sexy mexy~ :))



DIY: Bunga manggar


Hai hai..bunga manggar pula... DIY kali ni mak aku yang punya idea.. Sebelum ni aku plan nak buat bunga manggar guna gula-gula. Oleh kerana tak boleh nak proceed buat awal sebab takut masuk angin plak gula-gula tu, terpaksalah ikutkan idea bunga manggar dari mak aku.

Ideanya - Bunga manggar menggunakan kain lebihan (perca). Masa abang aku kawen dulu memang mak aku dah buat, dan kain perca yang dah dibentuk jadi kuntum bunga tu ada banyak lebih. So, dah jimat kos gitu. Cuma perlu beli pita pelilit tu jer. Lidi kayu pon ade banyak kat umah.

Okeh, firstly, daripada kain perca tadi (bentuk segiempat sederhana kecil), digulung dan dibentuk jadi kuntum bunga macam kat bawah ni. Hujung ia diikat dengan benang biar tak terbuka. Ha, beratus jugak la ko kena buat kann..tapi naseb baek la mak aku yang buat. Aku cuma tolong  cantum pada lidi jer..heheh.

Bila dah dapat banyak kelopak tu, cantumkan je satu persatu pada lidi guna pita pelilit. Pastikan jarak setiap kuntum tu sama dan mesti selang seli kedudukan ia (kanan kiri) baru dapat cantik sikit. (takda gambar proper untuk tunjuk cara)

Bila dah siap, dapatla bunga manggar macam ni...hohoho

Selesai lagi satu projek. Alhamdulillah. Tengkiu mak~~


DIY: Bunga telur


Hai hai.. Post kali ni nak share cara-cara aku membuat sendiri bunga telur untuk majlis nanti. Bajet kreatif je nak buat sendiri kan. Tapi Alhamdulillah..menjadi la jugak..huhu.

Ok, pertama sekali kena sediakan bahan-bahan seperti di bawah ni:
1. Bunga tisu (refer entry SINI untuk cara buat)
2. Lidi - guna lidi yang panjang sikit dari lidi sate.
3. Tape pelilit - guna warna putih.xtau la kenapa ak pilih kaler putih
4. Kain net
5. Reben

Reben, bunga tisu dan kain net semuanya kena siap prepare awal-awal. Naseb baik housemate aku sgt rajin untuk tolong buat reben. Kalau tidak memang jenuh lerr buat beratus sendiri. Dawai dililit pada reben seperti gambar bawah ni. Satu bunga telur ni aku cuma gunakan dua helai (?) reben je untuk diletak sebagai daun.

Kain net plak dipotong segiempat, pahtu ejas bagi muat untuk masuk telur nanti. Kemudian lilitkan dawai. Aku ada letak manik ungu putih kat situ biar tak nampak plain sangat. Kalau nak letak bunga kecik pon comey jugak.Tapi xmau sebab mahal la bunga kecik itu T__T
Ha, sekarang sila bayangkan (sebab takde gambo nak tunjuk). Bunga tisu, reben dan kain net tadi semua dililit pada lidi. Kemudian, lilitkan pita pelekat pula kemas2 untuk tutup dawai dan bahagian lidi tadi. Siappp! Jadila macam ni....... Heeee~

Ha, dah siap letak kat pahar pon sebab tak mau bunga tu penyek ditimpa-timpa. Walaupun sangat simple, but owh, I'm loving it <33

Selamat mencuba~~


Sunday, March 10, 2013

DIY: crepe paper flower/ bunga tisu


Rupanya crepe paper/kertas tisu ni ada banyak jenis.. Aku dah terbeli yang jenis kasar dan yang paling lembut. Padahal kebanyakan blogger yang aku rujuk guna jenis yang sederhana lembut. Ah, abaikan la. Bila dah buat jadi jugak. 

Bunga kertas tisu ni dah semakin glamour sekarang ni. Jadi kalau aku nak post cara-cara nak buat satu persatu pun macam dah tak sesuai? Apa-pun, aku nak bagi ringkasan cara-cara untuk buat ia. 

Ringkasan: Potong kertas tisu jadi segi empat tepat (saiz depend nak bunga jadi besar mana). Yang aku buat untuk bunga telur, saiz lebih kurang 12cmx6cm. Kemudian, 4 helaian kertas tadi dilapik bersama dan dilipat macam nak buat kipas tu. Gunakan dawai ikat di bahagian tengah. Lepastu, potong bahagian tepi menjadi separa bulat atau ikut kreativiti masing-masing. Kemudian kembangkan dan setiap lapisan tadi ditarik ke atas untuk menjadi kelopak bunga. Maka terbentukla hasil seperti di bawah ini. Ba bamm~

 
Owh ye, nak nampak kononnya lain dari yang lain, aku selitkan manik di tengah masa nak ikat dengan dawai tadi. Boleh nampak tak? Bunga-bunga kaler magenta n pink ni bakal dijadikan bunga telur.

Yang bawah ni pulak (kecuali bunga merah putih), aku guna kertas tisu yang licin tapi agak keras. Tersalah beli la katakan. Bila buat kelopak tu kena tarik teliti sikit, kalau tak ia kembali ke bentuk asal, xjadila kelopak. Bunga ni bakal aku gunakan untuk hias kepala katil. Tapi belom ada ilham lagi nak hias macamana. Manakala yang bunga merah putih tu pula, bakal dijadikan bunga untuk para penanggah.

Will update more later. Nantikan.


DIY: Kad kahwin


Hai hai, hari ni rajin (sikit) nak update blog.
Kali ni nak kongsi tentang kad kawen titewww.. XD

Sebab baaanyak sangat masa free kan, maka dapatlah aku asah kemahiran guna adobe photoshop untuk reka kad kahwin sendiri. Biasa-biasa aja skill maka hasilnya pun yang simple-simple aja. Antara isi-isi penting yang perlu ada dalam kad kahwin -muka depan, pelan lokasi dan maklumat majlis. Tu saja kan. Tak mau letak doa sebab kad ni akan dibuang jua akhirnya...huhu.

Nak dipendekkan cerita, berjaya la buat cover dengan hasil edit freebies yang aku jumpa (tak ingat kat web mana). Kemudian aku reka peta lokasi majlis seperti yang diceritakan dalam post sebelum ni DIY peta pelan rumah.


Bila dah siap cover dan peta, save, copy and paste dalam microsoft word pulak. Yang ni leceh sikit sebab kena adjust betul-betul supaya bila print out nanti dapat center.

Kena try print beberapa kali jugak untuk dapat almost perfect. Aku print atas kertas manila saiz A4, satu kertas dapatlah dua kad. Potong guna paper cutter pinjam dari housemate. Saiznya pun comel-comel aja. Ni la contoh hasil print muka depan dan peta tadi...

Lepas tu, buat isi dalam plak. Yang ni aku guna template yang tersedia dalam Microsoft Word. Ada banyak template yang menarik. Kalau pandai edit, boleh la dapat yang lagi cantik tertarik, kau memang da bombb. Aku pilih template macam kat bawah ni..kebetulan ada love-love tu nampak suweet plak. Jemputan kedua-dua belah pihak digabung dalam satu kad, jadi agak crowded di situ.

 Tapi bila dah print nampak ok jerr..kannn..huihui. Maka siapla kad undangan majlis perkahwinan titewww...haha *lempang kang*
 
Disebabkan terlebih rajin lagi, aku edit jugak cover untuk print atas sampul kad sekali.

Taraaa...warna-warni gitu.

Bila buat sendiri kad kahwin ni, memang senang la bila nak edit, nak print berapa banyak ikut suka hati. Warna pun boleh tukar-tukar ikut suka. Memang agak memuaskan hati. Selain kepuasan dapat buat sendiri, puas hati jugak sebab kos yang diperlukan sangatla murah berbanding tempah di kedai. 

Ok, jumpa lagi~


EDIT 6/2/2014: 
SAYA ADA SHARE TEMPLATE KAD DALAM POST INI 
JADI SESIAPA YG BERMINAT TU BOLEH  LA DOWNLOAD PADA LINK YG DAH DIBERI TU YA. SEBARANG PERMINTAAN HANTAR KE EMAIL TIDAK AKAN DILAYAN~~hehe



Prosedur permohonan kebenaran nikah e-NCR online (Johor)


Awal bulan Januari (kalau tak silap), aku pergi ke pejabat agama daerah Mersing ditemani abah aku. Encik yang jaga kaunter kata "sekarang dah tak bagi borang, kena isi maklumat secara online". Aish, kenapa bila aku search internet tak jumpa plak B2B lain mention pasal borang online? Mungkin memang sangat baru ditukar sistem itu. Apa-apa pun, Encik tu bagi pamplet cara-cara nak isi online dan borang untuk ujian HIV sebab dia kata yang online tak boleh print borang tu. Macamtu pula..huhu..tak sia-sia aku juga aku datang.

Oklah, kembali ke cerita utama.

Untuk isi permohonan secara online, sila pergi ke e-NCR Johor. Klik disini pada no. 2 untuk mendaftar sebagai pengguna baru.


Paparan ini akan keluar. Click pada box terima terma dan syarat.

Kemudian baru boleh mendaftar.

Bila dah mendaftar, kena tunggu untuk diaktifkan. Kalau dalam masa 24 jam tak aktif juga boleh terus call ke pejabat agama daerah masing-masing untuk pengaktifan. Pejabat kadi Johor - Johor Bahru 0722892940, Muar 069521573, Batu Pahat 074333142, Segamat 079311330, Kluang 077771245, Pontian 076871926, Kota Tinggi 078831348, Mersing 077998850, Ledang 069786290 atau Kulaijaya 075995602. Call je kata nak aktifkan akaun e-NCR, serta merta dia buat (ok, tunggu la dalam 5 minit macamtu).

Once akaun dah aktif, kita boleh masuk dan terus isi maklumat pada profil saya. Isi maklumat peribadi dan wali.

Kemudian, click pada tab nikah dan seterusnya bahagian permohonan (1). Status permohonan kebenaran nikah (2) boleh dicapai bila permohonan telah dihantar.

Pada borang permohonan isikan maklumat pemohon, pasangan, perkahwinan dan senarai semak wali. Bahagian wakil wali perlu diisi jika wali bukan dari wali nasab. Selesai isi semua, boleh hantar permohonan. Jangan risau kalau ada tersalah isi atau tak isi maklumat. Permohonan yang dah dihantar tak boleh diedit semula jadi perlu isi semula semua maklumat dan hantar semula permohonan. Agak leceh di situ.

Bila dah hantar permohonan, kembali semula pada status kebenaran (2) tadi dan click. Senarai permohonan akan dipaparkan. Click salah satu pada no. rujukan (biasanya yang paling atas tu yang the latest one kita send). Kalau borang belum dihantar ke pejabat agama, status adalah Semakan Daerah. Bila dah hantar status akan jadi Kebenaran Pendaftar NCR (rujuk gambar bawah ni).

Bila no. rujukan (atas) diclick, paparan seperti di bawah akan keluar. Dan kita boleh cetak borang permohonan untuk dihantar bersama dokumen lain ke pejabat agama. Empat dokumen yang bertanda merah tu sahaja yang perlu dicetak kalau pasangan org tempatan dan wali adalah wali nasab. Borang HIV memang tak boleh print. Jadi kena amik kat pejabat agama.


Bila dah print, semua borang bersama dokumen-dokumen lain perlu dibawa ke pejabat kadi daerah dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan bagi tujuan semakan. Jika sebaliknya, permohonan dianggap batal.

Mudah kan? Sila la cubaaa..hihi. Goodluck!

NEXT --> Hantar borang permohonan kebenaran nikah (Johor)



EDIT 12 OKTOBER 2014:
SEGALA PROSES URUSAN PERMOHONAN NIKAH INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SHJ. SAYA BUKAN BEKERJA DI PEJABAT AGAMA, JADI KALAU ADA KEMUSYKILAN TENTANG URUSAN, BETTER YOU ALL BERTANYA TERUS KE PEJABAT KADI JOHOR..OK? :)))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...