Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Wednesday, March 13, 2013

Hantar borang permohonan kebenaran nikah (Johor)


Borang permohonan kebenaran nikah biasanya perlu dihantar ke pejabat kadi daerah dalam masa, paling awal tiga bulan sebelum atau paling lewat dua minggu sebelum tarikh yang dipilih untuk bernikah. Jadi sebenarnya takda lah kalut sangat nak uruskan perkara ni. Rajin malas je.

Kalau macam kes aku ni, cik abe org ganu, jadi dia kena uruskan borang permohonan dia di pejabat daerah sana dan kemudian Surat/Sijil Kebenaran Berkahwin diluar Bidangkuasa akan dikeluarkan. Jadi cik abe kena pass kan semua dokumen borang permohonan nikah beliau dan sijil kebenaran nikah tadi pada aku, baru la aku boleh hantar bersama-sama borang aku plak ke pejabat kadi. Hantar sendiri je, dia tak perlu ada sama. 

Antara dokumen yang diperlukan untuk hantar borang kebenaran nikah:

1. Slip permohonan (cetak online)
 

2. Senarai semak wali (cetak online)


3. Senarai semak dokumen pelanggan (cetak online)


4. Pengesahan saksi permohonan (cetak online)
Saksi untuk permohonan ni mestila bukan dari kalangan ahli keluarga ya.


 5. Kad pengenalan
- Pemohon (asal & salinan)
- Pasangan (salinan)
- Wali (salinan)
- 2 orang saksi (salinan)

6. Surat akuan bujang
- Boleh dapatkan daripada majikan atau ketua/penghulu kampung.
Abah aku mintakan dari majikan felda sebab anak dia ni takde majikan lagi...huhu

  

7. Sijil kursus pra-perkahwinan (asal & salinan)
-Mesti sijil yang belum pernah digunakan untuk memohon kebenaran nikah. Sijil ni xboleh laminate sebab akan dicop semasa permohonan nanti.

8. Surat kebenaran berkahwin diluar bidang kuasa
-Jika pasangan adalah dari luar daerah atau negeri sahaja.

9. Borang ujian HIV
- Mesti dapatkan dari pejabat agama johor @ cetak online dari encr.

credit to: pinkpurpleturquoise.blogspot.com

10. Sijil nikah ibubapa
- Sijil nikah ni diperlukan sekiranya pemohon ialah anak perempuan sulung. 
Aku sertakan juga sijil ni walaupun aku bukan anak perempuan sulung. Just in case...


Bila dah lengkap semua dokumen, baru la boleh hantar ke pejabat kadi daerah. Awal-awal pagi lagi aku dah bertolak ke Mersing dengan abah aku. Bila dah sampai terus pergi ke kaunter dan pass kan semua dokumen pada akak di kaunter tu. Kemudian aku disuruh pergi interview dulu (kang aku citer dalam post lain). Bila dah selesai interview, kena tunggu la akak-akak tu uruskan kebenaran dalam encr online dan juga dokumen-dokumen lain. Jumlah bayaran untuk proses permohonan adalah RM30.00 dan akan dapat sebuah buku Panduan Akad Nikah Modul Keluarga Sakinah yang berharga RM 8.00. 

Bila dah selesai proses permohonan, pejabat agama daerah akan keluarkan borang sijil nikah dan maklumat kadi yang akan jadi jurunikah. Borang sijil nikah tu kena serahkan pada kadi dan kita kena maklumkan pada beliau tentang tarikh dan masa untuk majlis akad nanti. Selesai hal permohonan.



Next --> Cerita temuduga


EDIT 12 OKTOBER 2014:
SEGALA PROSES URUSAN PERMOHONAN NIKAH INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SHJ. SAYA BUKAN BEKERJA DI PEJABAT AGAMA, JADI KALAU ADA KEMUSYKILAN TENTANG URUSAN, BETTER YOU ALL BERTANYA TERUS KE PEJABAT KADI JOHOR..OK? :)))


34 comments:

  1. "Bila dah selesai proses permohonan, pejabat agama daerah akan keluarkan borang sijil nikah dan maklumat kadi yang akan jadi jurunikah. Borang sijil nikah tu kena serahkan pada kadi dan kita kena maklumkan pada beliau tentang tarikh dan masa untuk majlis akad nanti."

    dpt on the same day ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass.alaikum.wr.wb Saya TKI DARI MALAYSIA kepengen mengucapkan trima kasih kepada bahwa saya aki darmo menang Togel, saya benar-benar merasakan yang namanya kemenangan jackpot di TOTO 6D 091073 yang aki darmo berikan saya menang jackpot Rp 1,3Miliar. Alhamdulillah saya dpat melunasi semua hutang saya yang tersebar dimana mana dan biaya untuk pulang kampung, semua ini berkat bantuan angka ghoib dari aki darmo karena cuma AKI 082-310-142-255 yang bisa memberikan angka goibnya yang di jamin 100% tembus. awalya saya bergabung dan saya harus mennbayar biaya ritualnya tuk mendapatkan angka 6d dan ternyatah benar-benar tembus dan saya ngak akan ragu-ragu lagi untuk memasang angkanya dan itu juga saya tidak rugi bayar maharnya karena akhirnya saya bisa menang angka pemberian beliau jadi buat anda
      yang butuh angka yang dijamin tembus
      hubungi AKI DARMO ¬di => 082-310-142-255
      insya allah beliu akan menbatu kesusahan anda dan anda tidak akan kecewah apalagi kalau anda terlilit hutang buktikan sendiri.
      anda Termasuk Dalam Kategori Dibawah Ini :
      1.Dikejar-kejar hutang
      2.Selaluh kalah dalam bermain togel
      3.Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
      4.Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg
      tepat
      5.Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil.
      6.anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel...
      Solusi yang tepat jangan anda putus asah..AKI DARMO..akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      Butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
      Apabila ada waktu silahkan Hub: 082-310-142-255

      ATAU KTIK –BLOG AKI DARMO - http://sporttoto4d.blogspot.com

      Delete
  2. kenapa dalam e NCR saya takde "Pengesahan saksi permohonan" ye? atau sekarang dah tak perlu saksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang Pengesahan Saksi Permohonan Kebenaran Nikah ada pada senarai dokumen yang perlu dicetak, pd tab dokumen (wujud selepas permohonan dihantar). Kalau belum hantar permohonan, tab dokumen tu takkan ada. Untuk lebih jelas, boleh refer pd entry ni http://aya-jurnalkahwin.blogspot.com/2013/03/prosedur-permohonan-nikah-online-negeri.html

      Delete
  3. eh, bley cetak on9 ke borang hiv test?

    ReplyDelete
  4. Salam. Terima kaseh sebab sudi share step-by-step procedure nikah. Tapi macam saya dah register tapi tak diaktifkan lagi. Macam mana nak aktifkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.
      Nak aktifkan akaun kena call pejabat agama. Boleh rujuk kt post ni http://aya-jurnalkahwin.blogspot.com/2013/03/prosedur-permohonan-nikah-online-negeri.html

      Delete
  5. as salam... thanks berkongsi info..
    sy ingin bertanya, untuk senarai semak wali ( bahagian bawah sekali - disemak oleh ) : itu perlu ditandatangan oleh siapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      Kalau tak silap sy, staff di pejabat kadi yg akn sign bhgian tu..

      Delete
  6. salam, nak tanya untuk no 4. Pengesahan saksi permohonan (cetak online)
    yang ni isi kat mana yer?ke dah lepas isi maklumat pemohon, pasangan, perkahwinan dan senarai semak wali baru dia keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..mintak maaf lewat sgt balas..hrp awk dah tau camne..
      in case belum, borang pengesahan saksi tu kita dpt lepas submit permohonan. kita akn dokumen yg perlu dicetak trmasuklah dokumen pengesahan saksi permohonan ni.

      Delete
  7. Utk test darah tu kita kene buat d hospitalkn?brape lama dpt resultnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt klinik kesihatan pon boleh..kejap je dpt result xsmpai sejam
      *sori laaaambat sgt reply :(

      Delete
  8. pengesahan saksi tu kalau bkn ahli keluarga tu mksdnye pak cik saudara x leh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..asalkn bukan ayah atau adik beradik lelaki
      *sori laaaambat sgt reply :(

      Delete
  9. salam . tq share. hey mcm mane ek kalao dh set tarikh permohonan. dh hantar online . and dah print . then sy nak tkar tarikh nikah tuh . nak kene print balik atau just liquid ? hee . tq .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la kne isi smula borg n print dik non..huhu
      *sori laaaambat sgt reply :(

      Delete
  10. salam,nak tye..klu pasangan sama daerah,,nt mase interview kne pegi same jugak ke??ataupon boleh pegi asing2 mase interview?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asing boleh, sama2 pon boleh.. Yg pnting interview mmg asing-asing

      Delete
  11. Salam,, boleh sy tanye sikit,, sy dengar kalau usia da 48 tahun xperlu krusus kahwin lg kan,, betol ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. minta maaf ya. sy pn xpasti la pasal tu..kena tanya pejabat kadi la utk kepastian

      Delete
  12. assalamualaikum..saksi dekat borang dengan mase nikah kalau org yang berlainan boleh tak?.sebab org yg nk jd saksi x ada sekarang tp masa nikah dia ada untuk jd saksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. boleh je org lain lain.. mcm sy, saksi utk prmohonan nikah dn saksi masa nikah tak sama

      Delete
  13. assalamualaikum.....nak tnya permohonan nikah ni boleh tak dibuat 5 bulan sebelum?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum .. nak tanye , lepas siap isi borang encr tu , terus pegi pejabat kadi untuk amek borang pengesahan perkahwinan ea ?

    ReplyDelete
  15. salam, nak tanya

    8. Surat kebenaran berkahwin diluar bidang kuasa
    -Jika pasangan adalah dari luar daerah atau negeri sahaja.

    - bakal isteri saya org terengganu, dan saya johor bahru, so kami akan nikah di terengganu. adakah sy perlu menyediakan dokumen no 8?

    ReplyDelete
  16. Salam..sye nak tnye, semua dokumen yg kite dah print serta salinan2 yg dah dibuat perlu disahkan oleh penghulu atau hantar je terus ke pejabat kadi?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikumm, saye nk ty knp dlm borang2 yg sy print tu x de tuk (3-Senarai Semak Dokument Pelanggan) tu ye

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,nak tanya,klau pemohon perempuan bukan anak sulung,sijil kawin ibu bapa kena ade ke?
    Klau x de mcam mne???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. xperlu pun klu bukan anak perempuan sulung. Xde pon xpe.. kalau diperlukan jgak, haa tu xtau la.. kena tanya pejabat kadi ye 😊

      Delete

Sayang kamu lebih sikit lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...