Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Sunday, March 10, 2013

Prosedur permohonan kebenaran nikah e-NCR online (Johor)


Awal bulan Januari (kalau tak silap), aku pergi ke pejabat agama daerah Mersing ditemani abah aku. Encik yang jaga kaunter kata "sekarang dah tak bagi borang, kena isi maklumat secara online". Aish, kenapa bila aku search internet tak jumpa plak B2B lain mention pasal borang online? Mungkin memang sangat baru ditukar sistem itu. Apa-apa pun, Encik tu bagi pamplet cara-cara nak isi online dan borang untuk ujian HIV sebab dia kata yang online tak boleh print borang tu. Macamtu pula..huhu..tak sia-sia aku juga aku datang.

Oklah, kembali ke cerita utama.

Untuk isi permohonan secara online, sila pergi ke e-NCR Johor. Klik disini pada no. 2 untuk mendaftar sebagai pengguna baru.


Paparan ini akan keluar. Click pada box terima terma dan syarat.

Kemudian baru boleh mendaftar.

Bila dah mendaftar, kena tunggu untuk diaktifkan. Kalau dalam masa 24 jam tak aktif juga boleh terus call ke pejabat agama daerah masing-masing untuk pengaktifan. Pejabat kadi Johor - Johor Bahru 0722892940, Muar 069521573, Batu Pahat 074333142, Segamat 079311330, Kluang 077771245, Pontian 076871926, Kota Tinggi 078831348, Mersing 077998850, Ledang 069786290 atau Kulaijaya 075995602. Call je kata nak aktifkan akaun e-NCR, serta merta dia buat (ok, tunggu la dalam 5 minit macamtu).

Once akaun dah aktif, kita boleh masuk dan terus isi maklumat pada profil saya. Isi maklumat peribadi dan wali.

Kemudian, click pada tab nikah dan seterusnya bahagian permohonan (1). Status permohonan kebenaran nikah (2) boleh dicapai bila permohonan telah dihantar.

Pada borang permohonan isikan maklumat pemohon, pasangan, perkahwinan dan senarai semak wali. Bahagian wakil wali perlu diisi jika wali bukan dari wali nasab. Selesai isi semua, boleh hantar permohonan. Jangan risau kalau ada tersalah isi atau tak isi maklumat. Permohonan yang dah dihantar tak boleh diedit semula jadi perlu isi semula semua maklumat dan hantar semula permohonan. Agak leceh di situ.

Bila dah hantar permohonan, kembali semula pada status kebenaran (2) tadi dan click. Senarai permohonan akan dipaparkan. Click salah satu pada no. rujukan (biasanya yang paling atas tu yang the latest one kita send). Kalau borang belum dihantar ke pejabat agama, status adalah Semakan Daerah. Bila dah hantar status akan jadi Kebenaran Pendaftar NCR (rujuk gambar bawah ni).

Bila no. rujukan (atas) diclick, paparan seperti di bawah akan keluar. Dan kita boleh cetak borang permohonan untuk dihantar bersama dokumen lain ke pejabat agama. Empat dokumen yang bertanda merah tu sahaja yang perlu dicetak kalau pasangan org tempatan dan wali adalah wali nasab. Borang HIV memang tak boleh print. Jadi kena amik kat pejabat agama.


Bila dah print, semua borang bersama dokumen-dokumen lain perlu dibawa ke pejabat kadi daerah dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan bagi tujuan semakan. Jika sebaliknya, permohonan dianggap batal.

Mudah kan? Sila la cubaaa..hihi. Goodluck!

NEXT --> Hantar borang permohonan kebenaran nikah (Johor)





44 comments:

  1. Salam, dik nak tanya sikit, kalau isi borang e-ncr tu awal sebelum 3 bulan boleh?maklumat dia simpan dalam server ke kita kena tunggu jugak 3 bulan sebelum nikah?.. thanks..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..
      Bila dah isi, maklumat mmg akan disimpan. Masa yg diberi untuk hantar print-out slip tu dgn dokumen2 lain ke pejabat kadi (utk semakan) adalah dalam tempoh sebulan. Kalau terlepas sebulan, permohonan dianggap batal dan kena isi permohonan baru.. Kalau isi awal boleh jer..tapi kena pastikan tempoh sebulan diberi tu nanti overlap dgn tempoh untuk urusan permohonan nikah la(mesti 3 bulan - 2 minggu sebelum tarikh nikah). Dapat tak?
      Hehe..sori panjang lebar plak

      Delete
    2. sbb sy nikah 2@3hb nov 2013.. camtu xleh nk isi skrg la ek..ok..thanks dik bgi penerangan..:)

      Delete
  2. Saksi borang n saksi nikah nk kne p pejbt kadhi skali x...ke dorg just sign je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saksi borang kena sign je. xperlu g pjabat kadi sama2. pstu jgn lupa fotostat ic dorg.
      saksi nikah plak kena ada time akad nikah je la

      Delete
  3. salam sis
    untuk register id, bila i dah isi details, i tekan submit, pastu keluar error. kenapa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Sy xpasti, tp pernah brlaku jugak sblum ni. Mgkin masa tu server down atau web tu sedang dlm maintainance

      Delete
  4. sangat2 mmbantu blog u ni...complicatednye nk nikah.. means lepas isi on9, i just perlu print out sume borang yang diisikan?so xde la lagi borang lain yang perlu diisi manual?betol x?

    ReplyDelete
  5. kene daftar on9 90hari sebelum nikah ke?
    kalau 2 bulan sebelum nikah xboleh ye?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. asalkan dlm tempoh 3 bulan sebelum sehingga 2 minggu sebelum tarikh dipilih nak nikah

      Delete
  6. nk isi borang ni kene kedue-2 nye atau salah sowg je ?

    ReplyDelete
  7. klu dah ter'send' permohonan kebenaran nikah canno lak nih..huhu..tgh dok syok isi leh lupe lak kene anto within a month..nak nikah lame lg..3bulan ++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpa jgn risau..boleh isi lagi dan send semula.. Yang dah send tu nti otomatik terbatal kalau xg anto borang..

      Delete
  8. Salam dik.....nak tanya la saya nikah on25 dec this year... so dah boleh register sekarang lah ye???? kalau macam saya en. suami orang johor jugak.... then sebelah pihak jerk ke yang register or 22 pihak kene register sekali ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Maaf lambat balas.
      Dah boleh daftar sangat asalkan 3 bulan sebelum tarikh nak nikah.
      Kalau bakal suami org Johor, dia pn kena register jgak.

      Delete
  9. salam..sis..yg part pilih pejabat kadi daerah tu kan.. kalau sy pejabat kadi jb.. pasangan daerah kluang.. maknanya dia akan pilih pejabat kadi kluang la eh? maknanya borang akan proses asing ke? sbb kt tulisan merah tu ckp borang akan diproses ikut pejabat kadi yg dipilih.. ke cmne eh? pening2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Maaf ye, sy pun tak berapa pasti. Tp rsnya psgn awak kena buat dipjabat kluang dan awak di jb sbb ikut daerah masing2. Bila borang psgn awak siap, dia kna pass ke awk plak utk urusan seterusnya. Utk kepastian cuba call pejabat kadi dan tanya diorang ya.

      Delete
    2. terima kasih ye..blog ni byk sgt membantu.. :)

      Delete
  10. salam sis,

    terima ksih untuk info ni..cuma nak tanye,
    mase kite nak hantar borang dengan pejabat, wali kene hadir sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      wali tak hadir ke pjabat kadi brsama pn xpe, yg pnting hari nikah wajib ada :)

      Delete
  11. Salam sis..macam mana kalau pihak lelaki luar negeri dan askar ..adakah pihak perempuan tetap kena isi borg nikah dijohor macam biase

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Pihak perempuan tetap kena isi borang juga. Nti lelaki isi borg kt negeri dia dan kena pass borang tu kt awak utk dihantar brsama borang awak sekali ke pejabat kadi johor..

      Delete
  12. selepas selasai isi borang melalui on9..and then,kne print ke sis??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.
      dah siap isi, submit, lepas tu kena print dan hantar ke pejabat kadi utk semakan..

      Delete
  13. Aslm'kum.. Saya dah buat pendaftaran di JAIJ semalam sampai hari ni masih Blum diaktifkan.. Saya cll tk Angkat pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Maaf ye, sy xdpt tolg pasal ni..
      Awak mmg kena call pejabat kadi sampai dapat la utk aktifkan akaun tu..

      Delete
  14. Maksudnye status pendaftaran belum diaktifkan

    ReplyDelete
  15. bagaimana pihak perempuan org jb dan pihak lelaki org melaka?

    ReplyDelete
  16. pihak lelaki jb n pihak perempuan mersing...borang kena hantar di mersing kan? pihak lelaki kena ikut juga ke masa nak hantar borang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak lelaki kena hantar borang di daerah dia sendiri (jb) dulu. bila dah selesai urusan dia dan terima dokumen semula, dia kena pass dokumen pada awak. then awak plak yg kena hantar dokumen kedua2 pihak kt pejabat daerah mersing..pihak lelaki xperlu ikut pn masa pihak perempuan hantar borang..
      Utk lebih kepastian call pjabat daerah terus ya.. (:

      Delete
  17. assalamualaikum. sy org Johor tp bakal isteri org negeri lain. jd bakal isteri perlu ke isi encr Johor ni? keliru sikit la bab2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Bakal isteri xperlu isi encr. Dia kena uruskn kt pejabat agama negeri dia sendiri. Pihak lelaki saja yg perlu isi encr, uruskn pengesahan dokumen dan kemudian pass kn dokumen pd pihak perempuan utk proses seterusnya..

      Delete
  18. Assalam, tqvm atas maklumat, sy dah selesai isi n dah print out, tgu nak balik kmpung hantar je..

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. eh aku menikah bulan satu 2015, aku isi skng xpe ke?erk.. aku dh isi dh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnye isi..eksaited ler tuh :))
      tp time nk submit permohonan tu kena dlm masa paling awal 3 bulan dr tarikh nk nikah ye.. kalo x kne isi permohonan baru sbb awal sgt.. (kalo xsilap la..huhu)

      Delete
  21. SLM,,, nk tye,,, lau mjlis bulan 9 skg da boleh isi x? coz sy da tersubmit utk pihak lelaki,,, huhuhu,,, sy punye pun sy da submit permohonan,,, tggl settlekan dokumen & p pejbat kadi jerk,,, acane?? huhuhh,,,

    ReplyDelete

Sayang kamu lebih sikit lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...