Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

Tuesday, October 14, 2014

Review: Buku Tetamu Perkahwinan @ Wedding Guestbook


بسم الرحمن الرحيم

Seperti yang telah aku janjikan (bila masa aku janji??) kali ni aku nak kongsikan bahan-bahan yang aku gunakan untuk DIY buku tetamu @ guestbook kt entry setahun lebih yang lalu. Bahan-bahan ea..macam nak main masak-masak plak kan.. Sebelum tu, aku nak tunjuk bukan menunjuk guestbook aku yg comel lotey tu..dah lapuk baru nk tunjuk :')

 Ini la hasil yang simple jimat kedekut sesangat..
main tampal tampal gam gam...eee malu! 

 Tengok tu siap sampul guna sampul buku sebab takut kena air.. T_T

 Tapi still comel..hahaha.. sweet sangat tetamu siap lukis lukis..
kad ucapan pon boleh tampal sekali

 Sweet and simple kan?? Perasan lagi..

 Penuh kedua-dua guestbook :)

Jadi engkorang yang berniat nak buat sendiri buku tetamu, teruskan la niat murni anda tu..yang simple simple sudah memadai.. Kalau nak bahan-bahan yang aku guna boleh download kat link bawah ok.

GAMBAR POKOK
CUTE ORANG LIDI
FRAME
RUANG CATAT UCAPAN

Edit cincai cincai je pon boleh jadi cantik juga. Goodluck!



** Baby  tidoq jadi boleh update belog dengan tenang :')
** Please jangan ada yang minta emailkan lagi



Saturday, September 6, 2014

I'm a mama :)

بسم الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Apa khabar blogger2 sekalian??

Alhamdulillah, akhirnya datang juga sedikit rasa rajin dalam diri aku untuk update blog ni. Cukup setahun baru nak update ye. Layankan jelah.


13 Mei 2014 yang lalu aku selamat melahirkan bayi perempuan comel seberat 2.68kg. Alhamdulillah proses bersalin aku kira mudah dan sekejap jugakla. Pagi kena induce (sebab overdue 40w 6d), tengahari 12.34 pm dah selamat melahirkan, tapi secara vakum sebab fetal distress. Apa2 pun baby selamat dan sihat..kena kuning pun tak lama. Aku pulak yang macam2 dugaan datang time berpantang..boleh nangis bile menghayati semula saat2 tu.haish.

Perkenalkan.. Anis Sumayyah. Masa ni baru beberapa jam selepas kelahirannya.


Ni gambar terbaru.. Alhamdulillah, debab molek anak mama ni..


Jadi kat sini aku nak minta maaf kat sesiapa yang ada komen atau email minta something kat aku tapi aku xbalas. Memang xdan nak balas dan ada email sejak bulan mei dulu aku baru baca beberapa hari yang lepas. Kesian korang..ntah ntah dah selamat kawin..kan. Tapi aku harap korang paham la ye reason aku ni. Bukan aku xmau berkongsi atau kedekut..cuma banyak kekangan yang buat aku terjauh dari email dan blog nih. Dan aku tak sangka plak blog ni masih hidup walaupun ownernye senyap. Lepasni aku akan cuba balas komen/email yang akan datang ok. Tapi kalau mintak benda yang memang dah trangtangtang ada dalam blog ni memang ada datang rasa nak siku jugak. Tapi takpalah, boleh aku layankan lagi.

Insyaallah next post aku cuba share apa2 materials yang aku ada. Until then.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...