Sepatah dua kata

Assalamualaikum wbt..
Selamat datang kepada sesiapa yang membaca.
Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Semoga kandungan blog ni boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mencari.
Sharing is caring~
Comment is love~

Jangan lupa click iklan~ XD

E-day


Majlis pertunangan aku dan Mr.R telah berlangsung pada 16 Jun 2012 di Rumah Tenggaroh. Hanya melibatkan keluarga dan jiran terdekat sahaja. Alhamdulillah, majlis yang serba ringkas ni berjalan lancar dan sempoi je..hehe. Warna baju bertunang kami ialah pink peach.eh, aku pun tak berapa pasti..hehe. Tapi boleh tengok dalam gambar. Si dia kena paksa pakai baju melayu oleh abangnya. Beria lah dia mencari warna yang sama macam baju aku. Nasib baik jumpa.. Orait la tu dah ada satu baju yang sedondon ;)


Masa sarung cincin dalam bilik, lepastu kena keluar untuk bergambar. Aku agak pemalu bila kena duduk depan dan ramai pulak yang tangkap gambar. Jadi banyak la muka yang pelik-pelik tak boleh tayang dalam blog. Banyak gambar yang muka nampak pucat..sedih..almaklumlah kena make up sendiri. Bila make up sendiri ni, yang aku reti cuma tepek toner Ponds, pahtu BBcream, pahtu bedak Miami. Then apply pelembap bibir Lip Ice, dan tepek kaler sikit sikit kat pipi ngan mata. Haruuuu kau... Takpelah..dah lepas. Gambar atas ni je yang boleh diterima akal..haha.

Hantaran pihak lelaki tema kaler biru..pun jadi. ada 5 semuanya. Cincin merisik+cincin tunang, telekung, kain baju nikah, cupcakes dan buah-buahan. 
 

Hantaran dari pihak aku pulak ada 9..terlebih dua pulak..tak kisah pun. Tema nak buat pink tetiba jadi oren..go on jer..hehe. Hantarannya sirih junjung, kain baju nikah, tuala, sejadah, songkok+samping, kek karamel, cheesetarts, buah-buahan dan candies. Gubahan hantaran semua buat sendiri. Adik aku la yang paling kreatif. Bakul dan dulang hantaran mak yang buat. Kain alas tu pun mak yang kait. Jadi memang banyak dah jimat kat sini. Doorgift untuk keluarga pihak lelaki dan jiran-jiran pon letak dalam bakul kecil yang mak buat..tak da gambar nak tunjuk..


Majlis mula awal dalam pukul 11.30 pagi dan habis awal juga sebab tak ada apa yang nak dibincangkan sangat. Untuk majlis kahwin nanti semua tertakluk kepada aku dan Mr.R, kitorang yang akan berbincang sendiri. Makan-makan pun simple je buat kat beranda rumah..meja abah yang menukang, pahtu skirting tu pun aku ngan adik buat sendiri pakai langsir lama. Makanan banyak lauk kampung, mak dan jiran-jiran tolong masak. Ada nasi putih, ayam kampung masak apa tak ingat, sambal goreng jawa, sayur campur, ikan masak kicap, udang masak sambal merah; ada kuih-muih sikit yang jiran-jiran bagi, buah-buahan dan lain-lain. Mr. R kata famili diorang puashati sangat sebab sedap..hehe. Alhamdulillah..

Berterimakasih sangat-sangat kat famili yang banyak membantu, jiran-jiran yang datang, Mr. R dan keluarganya yang menyempurnakan majlis ni. Memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

No comments:

Post a Comment

Sayang kamu lebih sikit lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...